Pilih kad rangkaian anda dan sama ada anda mahu menetapkan menggunakan DHCP. Jika anda mempunyai beberapa peranti Ethernet, setiap peranti mempunyai skrin tetapan tersendiri. Anda boleh menukar antara skrin peranti, (sebagai contoh eth0 dan eth1); maklumat yang anda berikan adalah spesifik kepada setiap skrin. Jika anda memilih Aktifkan semasa boot, kad rangkaian anda akan dimulakan semasa anda boot.
Jika anda tidak mempunyai akses klien DHCP atau tidak pasti maklumat apakah ini, sila hubungi Pentadbir Rangkaian anda.
Seterusnya masukkan, dimana perlu, Alamat IP, Netmask, Network, Broadcast, dan alamat Point to Point. Jika anda tidak pasti berkenaan sebarang perkara, hubungi Pentadbir Rangkaian anda.
Nota: Alamat Point to Point adalah digunakan untuk menentutetap sambungan point-to-point untuk CTC dan peranti ESCON.
Masukkan namahos bagi sistem anda. Jika tidak, sistem anda akan dikenali sebagai "localhost."
Akhir sekali, masukkan alamat Gateway dan alamat DNS Utama, Sekunder dan Ketiga.